PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu menegaskan, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).
"KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan," tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai persoalan kewujudan kartel padi dan beras oleh pihak media.
Ujar beliau, antara fungsi MyCC adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara.
"Soalan ini saya sudah jawab beberapa kali pada media sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang.
"Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan pada semua," kata beliau.
Pada Januari lalu, KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia yang didakwa terbabit dalam penentuan harga beras dan benih padi.
Pihaknya telah mengeluarkan 39,000 lesen dalam usaha memastikan tiada kartel atau mafia memonopoli industri padi dan beras negara.
Lesen itu merangkumi Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS).
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Mohammad menegaskan, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). - Gambar fail/Sinar Harian
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Skim baharu tangani isu beras diumum minggu ini - Mohamad Sabu
Satu skim baharu bagi menstruktur semula industri padi dan beras tempatan sebagai penyelesaian jangka panjang akan diperkenalkan KPKM dalam masa terdekat.
Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.
Produk makanan halal Malaysia tembusi pasaran di 150 negara - Mohamad
Eksport produk makanan proses berstatus halal Malaysia kini berjaya menembusi lebih 150 negara yang mencakupi 1.8 bilion umat Islam global.
Kerajaan mahu perluas penanaman bawang di Sabah dan Sarawak
Bagaimanapun, kajian menyeluruh termasuk penilaian kesesuaian tanah perlu dilaksanakan pihak berwajib bagi memastikan projek berjalan lancar.